Saturday, November 19, 2011

Assalammualiakum....

Lama rasanya aku tak update entry aku. Last entry aku bulan Julai dulu. Lebih kurang 4 bulan jugak la.
Kenapa ye aku tak update?
Sebab aku malas dan tak ada mood nak menaip.
Lagipun aku busy dengan posting. Balik keje dah penat. So, macam biasa tidur je la keje aku. ;p
Selain tu, aku lebih obses terhadap FB. Setiap hari aku akan habiskan masa aku dengan FB kalau tak tidur. Seronok nak tahu perkembangan kawan-kawan aku. :)

Bukan tu saja. Nak update blog nie bagi aku kena ada mood. Kalau tak ada mood, jadi macam nie la. Kejap ada, kejap tak ada. Apa-apa pun, aku cuba la meluangkan masa update blog aku nie. ;D



Gadis Tulip

Thursday, July 7, 2011

Year 3 Semester 1



Unbelievable! Aku sekarang dah jadi pelajar Tahun 3 Semester 1? Senior Lady? Betul ke?

Macam tak percaya je. Apa-apa pun Selamat Datang ke Tahun 3. Tinggal setahun je lagi aku akan bergelar Staff Nurse. InsyaAllah. Doakan kejayaan aku. Tahun ni azam aku untuk menjadi lebih baik dari sebelum ni. Kalau dulu aku selalu main-main, tidor dalam kelas dan macam-macam lagi tapi kali ini aku akan berusaha lagi untuk memantapkan diri aku. Chayok-chayok! Satu je yang aku susah nak ubah. TIDUR. Tapi aku akan cuba kurangkan. Yang tu susah sikit nak ubah. Dah memang lumrah alam. Hehehe...

Tahun ini, subjek yang aku belajar agak interesting.
1. Community Health in Nursing
2. Medical Surgical VII - Gynecology & ENT
3. Medical Surgical VII - Psychiatric & Gerontology

Dapat pergi ke Klinik-klinik sekitar Selangor. Rawat masyarakat di luar sana. Berikan nasihat kesihatan kepada mereka. Pergi ke rumah-rumah penduduk sekitar kawasan berhampiran klinik. Yang paling best dapat pergi Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan. Excited betul.
Semoga apa yang dihajati pada Sem ni tercapai. InsyaAllah..

Selamat Datang juga diucapkan kepada junior-junior KD28. Semoga berjaya menjalani program Kejururawatan ini. :D



Gadis Tulip

Holiday at Hatyai, Thailand

Seperti yang dijanjikan, aku akan paparkan kisah percutian aku di negara tanah bebas(Thailand) ini. Inilah percutian aku kat oversea. Hahaha...oversea la sangat kan? Over the sea je mampu...

Percuti selama 2 hari 2 malam. Sebenarnya masa ni aku ikut rombongan sekolah mak aku ke Hatyai bertujuan melawat sekolah di sana. Menyemak je aku ikut. Tapi best sangat. Dari Langkawi naik feri ke Satun atau orang Langkawi sebut Setoi. Ambil masa selama 1 jam. Kemudian dari Jeti Satun ke Hatyai naik Van. Ada 3 biji van semuanya. Perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit. Sakit badan aku duduk lama-lama. Sampai pun dah malam. Check in hotel. Letak beg dalam bilik. Then, terus turun pergi makan. Naik 'tut-tut'. First time aku naik benda tu.

Tut-Tut

Balik makan apa lagi, merayau-rayau kat area hotel sambil shopping sikit.

Esoknya baru la pergi melawat sekolah tu. Yang uniknya, sekolah tu ada pelajar dari tadika sehingga tingkatan 6. All in one school. Tak pernah aku jumpa sebelum ni. Besar jugak kawasan sekolah tu. Namanya  Tessaban One School. Sekolah ni terlatak ditengah-tengah Hatyai. Cikgu-cikgu kat sekolah tu macam tahu-tahu cikgu-cikgu sekolah mak aku ni bukan nak sangat melawat sekolah tu. Shopping je yang ada dalam kepala masing-masing. Hehehe...

Tessanban 1 (Engseangsamakkee) School..My Mom Cikgu Sakinah


Yang baju coklat para guru dari SMK Kelibang, Langkawi manakala baju pink dari Tessaban 1, Hatyai.

Dari sekolah tu kami terus ke Songkla. 20 minit dari Hatyai. Sebuah negeri yang berjiran dengan Hatyai menghala ke Laut China Selatan. Naik bas 2 tingkat kot nak ke sana. Padahal bukannya ramai pun ahli rombongan kami.

Ni la bas yang kitaorang naik..penat panjat tangga bas ni.

Di Songkla kami dapat melalui jambatan yang dikira terpanjang di Songkla merentasi tasik Songkla yang agak besar. Dah macam laut rasanya. Sepanjang 1.8 km. Ada 2 jambatan yang satu lagi tu pendek sikit dari jambatan yang pertama kalau tak silap. Berhampiran jambatan tu la ada patung Budha atau dikenali Budha Sleeping. Patung tu membelakangkan jambatan. Kata pemandu pelancong kami, patung tu merajuk sebab orang bina jambatan kat situ. So, benda tu bukan lagi daya penarik kat Songkla. Tah apa-apa kan?
Kami ada naik bukit macam kat bukit bendera. Tang Kuan Hilltop. Tengok permandangan bandar Songkla. Cantik view kat situ.


Gambar ni berlatar belakangkan Laut China Selatan

Yang ni pulak berlatar belakangkan Tasik Songkla
Lepas naik bukit ni, kami ke Samila Beach. Ada sekor ikan duyung kat situ. Tapi aku malas dah nak jalan pergi kat ikan duyung tu. Penat! So, aku jalan-jalan kat tepi-tepi tu je la. Dapat jumpa tikus dengan kucing pun dah cukup. Comel je aku tengok patung tu.


Ingatkan balik dari Songkla terus dapat rehat kat bilik. Rupanya boleh pulak singgah shopping kat Pat Thai kalau tak silap aku tempat tu. Macam gerai-gerai jual pakaian, beg, accessories dan sebagainya. Masa tu rambang mata aku tengok benda-benda kat situ. Semuanya aku nak beli. Habis duit aku.
Malam tu memang letih yang amat. Tapi sempat lagi masuk 2 shopping kompleks yang ada kat depan dan sebelah hotel. Saja nak tengok apa yang ada dalam tu. Tapi tak beli apa pun. Maklum la..dah kehabisan duit.
Pagi-pagi esok, ada pulak program. Shopping lagi! Tak habis-habis kawan-kawan maka aku nak shopping. Kami ke Plaza pulak. Susah benor pagi tu nak cari kedai makan muslim. Dah jumpa tapi kedai macam tak ada benda makan pulak. Aduh..
Lepas breakfast, aku bertiga dengan mak dan adik aku, pusing-pusing pulak dalam plaza tu. Nak menawar pagi-pagi ni cukup senang tapi masalahnya aku tak ada duit dah! Hahaha..tak apa. Next time kalau ada rezeki lagi boleh la aku pergi sana lagi. Masa tu make sure duit dah cukup banyak. Hehehe..
Harap dapat lagi ke sana. Memang best!




Gadis Tulip

Wednesday, July 6, 2011

What is the meaning WORDLESS WEDNESDAY?

Wordless Wednesday atau WW merupakan satu trend dimana setiap hari rabu para bloggers hanya perlu postkan entry dengan hanya meletakkan gambar yang membawa maksud tertentu. Tidak perlu memberi apa-apa komen ataupun penerangan mengenai gambar tersebut.
Aku tahu benda ni daripada rakan blogger yang aku follow. Dah ramai yang buat entry macam ni. Apa lagi? Join la...Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wordless wednesday ini anda boleh merujuk di malaysian wordless wednesday

Wordless Wednesday #1: Cuci Mata

Sunday, June 26, 2011

Posting

Tetiba rasa rindu sangat kat geng-geng posting tahun 2 sem 1. Ahlinya terdiri daripada Cik Anna, Azilah, Nina, Teh, Fatin, Faiz, Pikah and Me. Masa mula-mula posting aku ingatkan kita semua tak satu kepala. Rupa-rupanya ngam. Semua jenis suka main-main. Bukan takat main-main. Menari sekali. Hehehe...
Menari Gebang. Hehe..lawaknya kalau ingat balik. 'Ayuh gebang..gebang..gebang..ayuh gebang..gebang..gebang..'. 




Selalu keluar rehat sama-sama. Buka pose pun sama-sama. Tangkap gambar sama-sama.  Buat kerja gila sama-sama. Semuanya sama-sama. Hahaha..Rindunya...

Praktik sama-sama..Tapi pikah tu praktik apa?

Tengok wayang sama-sama...

Eh..macam mana abie ada dlm nie? Hehe



Bila la lagi kita nak posting sekali lagi yerk? Rasa-rasanya ada tak kemungkinan kita satu group lagi? Mustahil-mustahil. Tinggal kenangan je la.


Gadis Tulip

Cerita Hari Ini..

Apa aku nak cerita hari nie. Ha..tentang adik lelaki aku ni. Hari ni dia dah pergi ke Perlis. Daftar kemasukan ke Institut Kemahiran Mara. Apa yang di ambik yerk? Kalau tak silap aku la, Teknologi Maritim. Tentang enjin kapal la kot. Fuh..kerja kat kapal la nanti. Goog Luck.


Tapi yang lawaknya. Semua barang-barang dia mak aku yang packing. Time aku dulu buat sendiri. Rasa takut je tengok dia nak pergi sana. Boleh ke dia nak uruskan diri kat sana. Sebelum ni mana la dia pernah duduk asrama.  Nak basuh baju pun guna mesin. Kalau tak suruh tak basuh la. Tah apa la jadi kat sana nanti.   Apa-apa pun semoga berjaya dunia dan akhirat.



Gadis Tulip

Saturday, June 25, 2011

Preparation for Holiday



Sekarang nie aku tengah countdown bila nak pergi bercuti ke oversea. Bestnya.. Tak sabar-sabar den. Apa yang aku nak bawak? Berapa helai baju? Perlu ke baju sejuk? Mafler perlu ke? Sarung tangan? Topi? Sunglasses?
Excitednya..Bukan senang nak pergi bercuti ke oversea. Dah la murah..
Sebenarnya aku nak ikut rombongan sekolah mak aku. Ke mana? Tunggu la blik dari oversea nanti aku cerita. Siap tunjuk gambar lagi. Percutian selama 3 hari 2 malam je. Jadi la dari duduk saja kat rumah. Dari hari selasa hingga khamis. Balik tu nak ke penang pulak. Ish..berjalan sungguh. Ke Penang pun nak pergi kenduri kat rumah paksu aku. Lepas tu terus balik KL.
Yang pastinya aku sangat-sangat excited. Bukan apa..nak shopping sakan kat situ. Hehehe..Biasa la baru masuk duit kan.


Gadis Tulip

Thursday, June 23, 2011

Graduation Night

Wah...agak best la jugak malam graduan minggu lepas. Tema lain dari yang lain. Gorgeous as RED Pure as WHITE.  Gabungan yang sangat menawan. Memang bagus la bagi tema macam nie. Sebab senang nak cari baju. Hehe..Kalau tahun lepas tema RETRO, macam tak ada sambutan. Ye la, penat-penat aku cari baju last-last tak pakai pun. Buang duit je. Di harap tahun depan dapat la buat lagi tema macam ni.

Cantik tak..Red & White Theme
Malam tu kami duduk semeja. Asalnya kami berlima dapat meja hujung dan di tepi dinding. Aku memang tak puas hati. Bila aku nampak je meja kat tengah hall tu kosong, ada lima kerusi pulak tu, apa lagi terus aku mintak tukar kat meja tu. Tempat duduk aku sebelum tu memang tak nampak stage langsung. Apa yang aku nak tengok.  Dinding! Bila dah tukar meja baru la ada mood nak enjoy.

Menu yang di sediakan memang sedap.

Inilah antara menunya.

Ini lauk-lauknya. Dimakan dengan Nasi Beriani.

Tapi yang paling aku suka desert dia. Sedap sangat!

Sagu Gula Merah. 

Sambil kami menjamu selera, kami di hiburkan dengan beberapa persembahan dari ketiga-tiga KD. Macam-macam ada. Antaranya Teater musikal MAGIKA, Tarian Nirmala, Tarian Retro dan India Dance.

persembahan dari ketiga-tiga KD...
Sebelum balik tu ramai la yang bergambar sakan. Tak lupa la geng-geng aku. Macam-macam style ada. Tapi aku tak tunjuk la banyak-banyak kat sini.

Satu-satunya gambar Maggi Sudah Kembang.
Susah berbenor nak kumpul sekali untuk ambil gambar kenangan malam tu. Kak Shidah is our president busy dengan majlis. Adek dengan Aufa busy dengan show diorang. So, tinggal kami berlima je la. Apa-apa pun, mereka bertiga antara ajk yang telah menjayakan majlis pada malam itu dengan cemerlang. PERFECT!

Barisan Jelitawan pada malam itu..Perasannya aku..


Gadis Tulip

Wednesday, June 22, 2011

Come Back



Assalammualaikum,
After a few months I did not write any entry in this blog, today I get back the inspiration to writing. I take about a week after returning home to get the inspiration..hahaha. Before this, I feel very lazy to update this entry. I only spend my time with Facebook, TV and read novels. Now, I will start writing again as long as I not feel lazy. =)

Tuesday, June 21, 2011

Happy Birthday to My Father!


Today is the birthday of my father, Mr Yahaya Bin Ahmad of the age of 47. 
On this beautiful day, I wish you peace and comfort for all the times to come. Happy birthday Dad, i am proud to be your daughter.
I feel very sad for not being able to give a gift to him because I've no money..hahaha. But for me the prize will not show anything, the important thing is love and memory care of him.
lot of love..  




Saturday, April 2, 2011

TIRED!




Fuhh! Dah lama tak mengarang entry. Memang tak ada masa langsung nak up date benda-benda macam nie. Facebook pun dah jarang-jarang buka. 
Pagi bangun pukul 5 lebih. Siap pergi kerja. Balik kadang-kadang dah dekat pukul 3. Tu kalau shift pagi. Kalau shift petang, pergi pukul 1.35 balik pukul 9.20-9.30 macam tu. Apa lagi nampak bantal je terus hanyut. Mengantuk yang amat. Letih yang teramat.  Padahal bukan teruk sangat kerja. Entah la. Kalah orang yang kerja buat bangunan kot. 
That's my daily routine. Seminggu hanya ada satu hari je cuti. Sedihnya..
Bila free je aku baca novel..main GAMES. Tapi aktiviti utama setiap hari aku tak lain tak bukan tidor..tidor..tidor..
Penat rasanya kalau hari-hari macam nie. Macam nak nangis je. Kalau orang lain bila dah bangun tidur mesti segar bugar kan? Tapi aku rasa semakin mengantuk dan letih. Ingat tidur tak guna tenaga ke? Guna tau! Bagi la 24 jam waktu untuk aku tidur tetap tak cukup. Setiap minggu ada conference. Nak kena prepare untuk conference lagi. Kadang-kadang tidur malam pun tak cukup. 4-5 jam je. 
Apa la nak jadi dengan aku nie. HELP ME!!!

Saturday, February 19, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Hari ini aku bangun awal walaupun hari cuti. Memang la kena bangun jugak. Kena sembahyang subuh.
Pukul 7 aku, Ana a.k.a Ana Rafalli, Azilah a.k.a Fida dan Fatin keluar pergi Taman Jaya. Pergi jogging keliling tasik kat situ. Tapi bukan jogging pun, berjalan keliling tasik. Keluar la jugak peluh. Lepas tu main kat taman permainan kat situ. Macam budak-budak. Hehe..Kanak-kanak riang.

Nak juga naik benda nie..

Ternyata beratnya mereka berdua nie berbanding aku dan Azilah


Dasyatnya Ana!





Lepas tu apa lagi, pergi melantak la.
Aku makan capati ngan nasi lemak..Fuhh..mahunya badan tak naik.
Azilah lagi la..roti canai telur 2 biji..Ish3..
Ana diet..makan tosei je..
Fatin lagi la..minum air je..punya la tak makan.

Habis makan pergi popular. Ingatkan awal lagi masa tu. Tunggu la kat eskelator kat situ. Duduk atas eskelator sambil bersembang.

Masa ni ana makan carrot. Nak cerahkan mata katanya...


Tunggu punya tunggu rupanya buka pkul 11. Aduh..Fatin kata, alang-alang dah tunggu, tunggu je la sampai buka. Kitaorang pun tunggu la. Dah buka tu sempat lagi baca novel kat dalam tu. Masa nak balik dah tengah hari. Panas terik pulak tu.
Last-last balik naik teksi. Hehe...

Contest Si Manis Berbaju Kurung

Satu lagi contest yang aku sertai setelah di tag oleh Miss Anna. Si Manis Berbaju Kurung. Aku rasa inilah pakaian yang memang secocok untuk aku. Ia nampak sangat menarik apabila aku memakainnya. Nampak cun habis. Hehe.. Lagi sekali perasan. Siapa lagi yang nak puji aku kalau bukan aku sendiri. Nampak sangat tak ada orang yang puji. Kihkihkih...Lihat la..Gorgeous tak?

Contest Senyum Tak Nampak Gigi

Bagi menyahut cabaran Miss Anna..dengan susah payahnya aku menangkap gambar untuk senyum tak nampak gigi. Memang susah. Semua gambar dalam koleksi aku semuanya senyum nampak gigi. Bermacam-macam style aku buat untuk mendapatkan gambar yang cantik dengan senyuman yang menarik. Perasan! Menarik sangat ke???? Miss Anna yang buat aku rasa menarik sebenarnya. Hehe


Ni je yang termampu aku cari. Yang lain-lain K.O. Boleh terima kan...

Wednesday, February 16, 2011

Bercuti di Pulau Langkawi




Tiga hari lepas aku baru balik bercuti musim panas di Pulau Langkawi bersama keluarga. Fuhh..memang panas la Langkawi sekarang. Percuti selama 13 hari 12 malam memang best. Baru sampai KL dah rindukan Langkawi. Bila la pulak dapat pergi ke Langkawi lagi. Lepas ni aku dah sibuk dengan posting selama 3 bulan macam tu. Merata aku berjalan. Siap boleh ambil lesen kereta lagi kat sana. Pergi mandi sungai. Makan macam-macam kat sana. termasuk la benda yang aku suka ni. KERABU BRONOK. Pehh..sedap gila. Rugi kepada sesiapa yang tidak pernah merasa benda ni. Ia sejenis hidupan laut yang dimakan secara mentah. Selalunya orang buat kerabu kerisik. Setakat ni tak pernah lagi aku jumpa orang masak selain dari kerabu.

Ini la rupa bronok tu. Sebelah kanan tu kerabu bronok. Sedap..

Hahaha...POYOS...! Bercuti di rumah sendiri je..tetapi tetap di Pulau Langkawi jugak kan...

Baru balik dah homesick. Terlalu rindukan rumah. Lambat lagi nak balik. Kenapa la jauh sangat rumah aku. Nun jauh di utara sana. Huhu...



Saturday, February 12, 2011

Menarik Hari Ini



Hari ini aku nak cerita tentang satu blog yang aku selalu follow. Aku mula follow dia dari sebelum aku ada blog ini lagi. Tak ingat bila tapi tahun lepas la. Dia punya entry memang best sangat-sangat. Banyak info yang berguna dan benda-benda yang kita tak tahu. Aku pun kalau boleh nak jadi macam dia. Kalau nak tahu siapa, lihat la sendiri. Solihin Zubir. Aku kenal dia melalui facebook. Dia ni orang kedah jugak macam aku.

Entry dia yang aku baca hari ini tentang Mat Luthfi. Mat Luthfi mempunyai video di Youtube. Best and so funny tengok watak yang dia lakonkan. Apa yang aku tahu dia nie pun orang kedah. Dari Sungai Petani. Sekarang tengah sambung belajar di Curtin University dan menetap di Perth, Australia. Cuba lihat video dia. Youtube.matluthfi90

Tapi sebelum ini Solihin Zubir juga pernah menulis entry tentang Anwar Hadi. Anwar Hadi juga mempunyai video di Youtube. Lawak dia kurang sikit dari Mat Luthfi. Tapi yang penting mesej dia. Anwar Hadi pun orang Kedah dari Alor Star. Bangga I. Berbakat sungguh anak kedah nie. Aku tak pasti sama ada sekarang masih di Malaysia ataupun tidak. Dia mengambil TESL di IPGM Pulau Pinang. Bakal melanjutkan pengajian di Sydney, Australia. Cuba lihat video ini. Youtube.anwarhadi

Masing-masing mempunyai mesej yang cuba disampaikan melalui video dan disebarkan melalui youtube. Begitu juga dengan Solihin Zubir. Info yang menarik dan berguna.

Friday, February 11, 2011

Hosni Mubarak


Wah..gempak dunia hari ini. Akhirnya Hosni Mubarak mengumumkan perletakan jawatan setelah 18 hari protes besar-besaran berlaku. Dasyat..Jadi tajuk muka depan semua surat khabar hari ni. Bukan tu saja, dalam Facebook dan Blog kecoh dengan perletakan jawatan Hosni Mubarak. Twitter tak sempat nak check. Lupa password..hehe. Tahniah diatas kejayaan rakyat mesir.

Ini adalah berita gembira bagi rakyat Mesir tapi bagaimana pula rakyat di Chile?

Gempa bumi kuat telah melanda di pesisiran pantai Chile namun tiada kerosakan dan kehilangan nyawa di laporkan. (Dah macam wartawan dah aku nie..hehe). Alhamdullilah..

Kepada rakyat Mesir, semoga pelantikkan president baru akan memberikan keamanan, keadilan dan kemakmuran kepada negara. Amin...

Ustaz Amirul



Fuhh...Hensem beb..sekarang nie aku tengah tengok cerita Ustaz Amirul. Dah lama aku teringin nak tengok cerita nie. Malam nie baru berkesempatan. Hensem tak terkata. Tapi walau macam mana pun tetap tak boleh menandingi Sheikh Muszaphar. Haha...
Tadi baru buka nota nak study. Tapi sekejap je. Terbantut. Ustaz Amirul memanggil-manggil suruh mengadap depan TV. Adeh..susah macam nie.
Bestnya cerita nie. Huhu..watak Ustaz Amirul tu. Huaaa...Boleh masuk senarai lelaki idaman. kihkhkih...

Thursday, February 10, 2011

Transformation

Sekarang ni rumah tok aku dalam proses renovation. Bahagian belakang rumah sudah diruntuhkan. Bahagia tu dah lama. Sejak zaman Tokwan aku lagi. So, mak long aku decide nak buat baru. Runtuhkan bahagian tu dan jugak bahagian atas rumah. Bahagian atas tu dah tak ada orang nak duduk dah. Dah jadi macam stor. Lagipun, rumah tu panas. Atap pun dah lama. Rumah yang dulu tu penuh dengan kenangan. Sebab aku pun pernah tinggal di situ sejak dari kecil. Terutama masa lepas SPM. Memang sedih jugak la time aku tengok rumah tu dah tak ada. Selalunya setiap kali aku balik rumah tu, aku mesti teringat Arwah Tok. Mana-mana mesti ada kenangan. Setiap sudut rumah. Dah tak ada tempat aku selalu duduk mencicah buah pelam tiap-tiap petang dengan Arwah Tok dan jugak Tok Cik Jah. Dah tak ada tempat Arwah Tok selalu baring dan tak ada dah tempat Arwah Tok selalu termenung.

Tempat lepak waktu petang.





Lepas nie kalau aku balik ke Langkawi rumah nie dah berubah maybe 80%. Raya dalam rumah baru tahun ni..Mood baru dan semestinya dapur baru. Adakah rumah ini akan menjadi bertambah luas atau semakin sempit? Wait and see..Bergantung kepada tuan empunya rumah..hehe