Saturday, February 19, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Hari ini aku bangun awal walaupun hari cuti. Memang la kena bangun jugak. Kena sembahyang subuh.
Pukul 7 aku, Ana a.k.a Ana Rafalli, Azilah a.k.a Fida dan Fatin keluar pergi Taman Jaya. Pergi jogging keliling tasik kat situ. Tapi bukan jogging pun, berjalan keliling tasik. Keluar la jugak peluh. Lepas tu main kat taman permainan kat situ. Macam budak-budak. Hehe..Kanak-kanak riang.

Nak juga naik benda nie..

Ternyata beratnya mereka berdua nie berbanding aku dan Azilah


Dasyatnya Ana!





Lepas tu apa lagi, pergi melantak la.
Aku makan capati ngan nasi lemak..Fuhh..mahunya badan tak naik.
Azilah lagi la..roti canai telur 2 biji..Ish3..
Ana diet..makan tosei je..
Fatin lagi la..minum air je..punya la tak makan.

Habis makan pergi popular. Ingatkan awal lagi masa tu. Tunggu la kat eskelator kat situ. Duduk atas eskelator sambil bersembang.

Masa ni ana makan carrot. Nak cerahkan mata katanya...


Tunggu punya tunggu rupanya buka pkul 11. Aduh..Fatin kata, alang-alang dah tunggu, tunggu je la sampai buka. Kitaorang pun tunggu la. Dah buka tu sempat lagi baca novel kat dalam tu. Masa nak balik dah tengah hari. Panas terik pulak tu.
Last-last balik naik teksi. Hehe...

Contest Si Manis Berbaju Kurung

Satu lagi contest yang aku sertai setelah di tag oleh Miss Anna. Si Manis Berbaju Kurung. Aku rasa inilah pakaian yang memang secocok untuk aku. Ia nampak sangat menarik apabila aku memakainnya. Nampak cun habis. Hehe.. Lagi sekali perasan. Siapa lagi yang nak puji aku kalau bukan aku sendiri. Nampak sangat tak ada orang yang puji. Kihkihkih...Lihat la..Gorgeous tak?

Contest Senyum Tak Nampak Gigi

Bagi menyahut cabaran Miss Anna..dengan susah payahnya aku menangkap gambar untuk senyum tak nampak gigi. Memang susah. Semua gambar dalam koleksi aku semuanya senyum nampak gigi. Bermacam-macam style aku buat untuk mendapatkan gambar yang cantik dengan senyuman yang menarik. Perasan! Menarik sangat ke???? Miss Anna yang buat aku rasa menarik sebenarnya. Hehe


Ni je yang termampu aku cari. Yang lain-lain K.O. Boleh terima kan...

Wednesday, February 16, 2011

Bercuti di Pulau Langkawi




Tiga hari lepas aku baru balik bercuti musim panas di Pulau Langkawi bersama keluarga. Fuhh..memang panas la Langkawi sekarang. Percuti selama 13 hari 12 malam memang best. Baru sampai KL dah rindukan Langkawi. Bila la pulak dapat pergi ke Langkawi lagi. Lepas ni aku dah sibuk dengan posting selama 3 bulan macam tu. Merata aku berjalan. Siap boleh ambil lesen kereta lagi kat sana. Pergi mandi sungai. Makan macam-macam kat sana. termasuk la benda yang aku suka ni. KERABU BRONOK. Pehh..sedap gila. Rugi kepada sesiapa yang tidak pernah merasa benda ni. Ia sejenis hidupan laut yang dimakan secara mentah. Selalunya orang buat kerabu kerisik. Setakat ni tak pernah lagi aku jumpa orang masak selain dari kerabu.

Ini la rupa bronok tu. Sebelah kanan tu kerabu bronok. Sedap..

Hahaha...POYOS...! Bercuti di rumah sendiri je..tetapi tetap di Pulau Langkawi jugak kan...

Baru balik dah homesick. Terlalu rindukan rumah. Lambat lagi nak balik. Kenapa la jauh sangat rumah aku. Nun jauh di utara sana. Huhu...



Saturday, February 12, 2011

Menarik Hari Ini



Hari ini aku nak cerita tentang satu blog yang aku selalu follow. Aku mula follow dia dari sebelum aku ada blog ini lagi. Tak ingat bila tapi tahun lepas la. Dia punya entry memang best sangat-sangat. Banyak info yang berguna dan benda-benda yang kita tak tahu. Aku pun kalau boleh nak jadi macam dia. Kalau nak tahu siapa, lihat la sendiri. Solihin Zubir. Aku kenal dia melalui facebook. Dia ni orang kedah jugak macam aku.

Entry dia yang aku baca hari ini tentang Mat Luthfi. Mat Luthfi mempunyai video di Youtube. Best and so funny tengok watak yang dia lakonkan. Apa yang aku tahu dia nie pun orang kedah. Dari Sungai Petani. Sekarang tengah sambung belajar di Curtin University dan menetap di Perth, Australia. Cuba lihat video dia. Youtube.matluthfi90

Tapi sebelum ini Solihin Zubir juga pernah menulis entry tentang Anwar Hadi. Anwar Hadi juga mempunyai video di Youtube. Lawak dia kurang sikit dari Mat Luthfi. Tapi yang penting mesej dia. Anwar Hadi pun orang Kedah dari Alor Star. Bangga I. Berbakat sungguh anak kedah nie. Aku tak pasti sama ada sekarang masih di Malaysia ataupun tidak. Dia mengambil TESL di IPGM Pulau Pinang. Bakal melanjutkan pengajian di Sydney, Australia. Cuba lihat video ini. Youtube.anwarhadi

Masing-masing mempunyai mesej yang cuba disampaikan melalui video dan disebarkan melalui youtube. Begitu juga dengan Solihin Zubir. Info yang menarik dan berguna.

Friday, February 11, 2011

Hosni Mubarak


Wah..gempak dunia hari ini. Akhirnya Hosni Mubarak mengumumkan perletakan jawatan setelah 18 hari protes besar-besaran berlaku. Dasyat..Jadi tajuk muka depan semua surat khabar hari ni. Bukan tu saja, dalam Facebook dan Blog kecoh dengan perletakan jawatan Hosni Mubarak. Twitter tak sempat nak check. Lupa password..hehe. Tahniah diatas kejayaan rakyat mesir.

Ini adalah berita gembira bagi rakyat Mesir tapi bagaimana pula rakyat di Chile?

Gempa bumi kuat telah melanda di pesisiran pantai Chile namun tiada kerosakan dan kehilangan nyawa di laporkan. (Dah macam wartawan dah aku nie..hehe). Alhamdullilah..

Kepada rakyat Mesir, semoga pelantikkan president baru akan memberikan keamanan, keadilan dan kemakmuran kepada negara. Amin...

Ustaz Amirul



Fuhh...Hensem beb..sekarang nie aku tengah tengok cerita Ustaz Amirul. Dah lama aku teringin nak tengok cerita nie. Malam nie baru berkesempatan. Hensem tak terkata. Tapi walau macam mana pun tetap tak boleh menandingi Sheikh Muszaphar. Haha...
Tadi baru buka nota nak study. Tapi sekejap je. Terbantut. Ustaz Amirul memanggil-manggil suruh mengadap depan TV. Adeh..susah macam nie.
Bestnya cerita nie. Huhu..watak Ustaz Amirul tu. Huaaa...Boleh masuk senarai lelaki idaman. kihkhkih...

Thursday, February 10, 2011

Transformation

Sekarang ni rumah tok aku dalam proses renovation. Bahagian belakang rumah sudah diruntuhkan. Bahagia tu dah lama. Sejak zaman Tokwan aku lagi. So, mak long aku decide nak buat baru. Runtuhkan bahagian tu dan jugak bahagian atas rumah. Bahagian atas tu dah tak ada orang nak duduk dah. Dah jadi macam stor. Lagipun, rumah tu panas. Atap pun dah lama. Rumah yang dulu tu penuh dengan kenangan. Sebab aku pun pernah tinggal di situ sejak dari kecil. Terutama masa lepas SPM. Memang sedih jugak la time aku tengok rumah tu dah tak ada. Selalunya setiap kali aku balik rumah tu, aku mesti teringat Arwah Tok. Mana-mana mesti ada kenangan. Setiap sudut rumah. Dah tak ada tempat aku selalu duduk mencicah buah pelam tiap-tiap petang dengan Arwah Tok dan jugak Tok Cik Jah. Dah tak ada tempat Arwah Tok selalu baring dan tak ada dah tempat Arwah Tok selalu termenung.

Tempat lepak waktu petang.





Lepas nie kalau aku balik ke Langkawi rumah nie dah berubah maybe 80%. Raya dalam rumah baru tahun ni..Mood baru dan semestinya dapur baru. Adakah rumah ini akan menjadi bertambah luas atau semakin sempit? Wait and see..Bergantung kepada tuan empunya rumah..hehe

Wednesday, February 9, 2011

Amus Wedding Presentation

Video presentation Datuk Dr. Sheikh Muszaphar and Datin Dr. Halina Yunus


So Sweet...

Tuesday, February 8, 2011

Maggi Sudah Kembang

Nama sempena nama geng aku di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Apa punya nama la kan? Tapi itulah dia nama geng aku.

Inilah dia barisan gadis Maggi Sudah Kembang.

 

Cun tak?
Hehe...
Dari kiri:
Annur Nazira Azrin dari Puchong, Selangor. (ADEK a.k.a. NENEK)
Wan Nurul Aufa Wan Abd Ghani dari Kajang, Selangor. (AUFA)
Aliaa' Husna Yusuf dari Kuala Terangganu, Terangganu. (LIA)
Aku la..
Siti Nur Syahida Alias dari Jerantut, Pahang. (Kak. Shidah)
Nazihah Ramli dari Kuala Terangganu, Terangganu. (Zihah)
Nur Wahida Yunus dari Jempol, Negeri Sembilan. (Wahid)
Nurul Iman Mohd Ali dari Kuala Lipis, Pahang. (Iman)


Kami semua dari serata pelusuk Malaysia..Boleh di kira sebagai 1 Malaysia tak?
Boleh la kot..
Sebab?
-Pelbagai negeri.
-Pelbagai lorat.
-Pelbagai makanan.
-Pelbagai budaya.
-Pelbagai nama..hehe
dan kita kan memang tinggal di Malaysia. Dah sah-sah la 1 Malaysia.

Best sangat dapat kawan2 macam nie. Macam-macam karenah. Tambah-tambah 'mek ganu' 2 orang tu. UNCONTROL. Banyak betul pantang larang diorang nie. Uuiiihhh...

 Zihah dan Lia. (Mek Ganu)

Maggi Sudah Kembang
 I love you, guys. Thanks make me always happy. Muaahh...








Monday, February 7, 2011

JPJ

Esok mmerupakan hari penentuanku...
Bukan di Padang Masyar tapi di Padang Sekolah Memandu Mahsuri.
Huuuu..takot den..
Ini adalah penentuan buat kali kedua..

Sebelum ni dah kandas kat pusingan 3 penjuru..memang macam segi tiga bermuda je tempat ni.


kandas atas kesalahan: 
-melakukan olahgerak melebihi 3 minit pergerakan.

Salah 1 tu je terus gagal semua.
Yang jadi penguji masa tu Pak Cik Kamaruddin.
Mintak-mintak esok bukan la dia. Bagi la yang baik hati sikit. 
Macam Pak Cik Azani ke..hehe

Apa cerita pulak lesen motor aku?
Cube citer 2x....

Ermm..tunggu ar dulu..cek belum bersedia lagi.
Buat masa nie cek lebih percaya naik kenderaan tayar 4 dari tayar 2 nie.
Bukan apa..
Lebih terjamin dan selamat.
Lagipun lepas nie cek nak pi dok di KL nu..
Highway sini sana.
Cek bukan pakar sangat jalan di sana. Tambah pulak ada laluan khas untuk motor.
Lagi la cek pening. Jam sini sana. Lagi la cek takut. Accident merata. Gerun cek tengok.

Tapi semua tu adalah alasan semata-mata. Apa yang aku takutkan adalah nak naik titi kat sekolah memandu tu. Tak pernah lepas. Nak masuk gear motor pun takut. Haha..lawak betul. Penah dua kali tayar motor aku bawa naik atas divider jalan. Takot doh...Ketaq lulut ni toksah kata la. Tak pa..satu hari nanti aku tetap akan ambil lesen motor jugak..Tapi relax la dulu. Bagi ready dulu. Takkan lari gunung dikejar.

2011

Selamat Tahun Baru..


Nie dah bulan February baru nak wish...
Lawak bonar...hahaha
tu la..malas sangat nak update entry nie..
kalah PM buzynya..

Walau apa pun..bahang kedatangan 2011 nie masih lagi terasa..
Ramai orang diluar sana mengatakan bahawa tahun 2010 nie terlalu cepat berlalu.
Ermm..betul juga. Daripada aku tahun 1, tiba-tiba dah masuk tahun 2.
Macam-macam yang telah aku lalui sepanjang aku menjadi student nurse.
Bukan tu saja, pelbagai ragam manusia aku temui sepanjang aku berhijrah ke Kuala Lumpur.
Jadi perantau di negara sendiri..hehehe

so, apa perancangan anda tahun nie...???



semoga tertunai anda punya impian..GOOG LUCK!

Apa pulak perancangan aku..?
Entah la..yang sebelum-sebelum nie pun tak tercapai.
Tapi tahun nie aku punya azam tersendiri.
I work harder for it..but we'll see it later whether i can achieve it or not.
Aku berharap sangat kali nie aku boleh capai impian aku nie.
Cayok-cayok wanie..^_^