Saturday, April 2, 2011

TIRED!




Fuhh! Dah lama tak mengarang entry. Memang tak ada masa langsung nak up date benda-benda macam nie. Facebook pun dah jarang-jarang buka. 
Pagi bangun pukul 5 lebih. Siap pergi kerja. Balik kadang-kadang dah dekat pukul 3. Tu kalau shift pagi. Kalau shift petang, pergi pukul 1.35 balik pukul 9.20-9.30 macam tu. Apa lagi nampak bantal je terus hanyut. Mengantuk yang amat. Letih yang teramat.  Padahal bukan teruk sangat kerja. Entah la. Kalah orang yang kerja buat bangunan kot. 
That's my daily routine. Seminggu hanya ada satu hari je cuti. Sedihnya..
Bila free je aku baca novel..main GAMES. Tapi aktiviti utama setiap hari aku tak lain tak bukan tidor..tidor..tidor..
Penat rasanya kalau hari-hari macam nie. Macam nak nangis je. Kalau orang lain bila dah bangun tidur mesti segar bugar kan? Tapi aku rasa semakin mengantuk dan letih. Ingat tidur tak guna tenaga ke? Guna tau! Bagi la 24 jam waktu untuk aku tidur tetap tak cukup. Setiap minggu ada conference. Nak kena prepare untuk conference lagi. Kadang-kadang tidur malam pun tak cukup. 4-5 jam je. 
Apa la nak jadi dengan aku nie. HELP ME!!!