Sunday, June 26, 2011

Posting

Tetiba rasa rindu sangat kat geng-geng posting tahun 2 sem 1. Ahlinya terdiri daripada Cik Anna, Azilah, Nina, Teh, Fatin, Faiz, Pikah and Me. Masa mula-mula posting aku ingatkan kita semua tak satu kepala. Rupa-rupanya ngam. Semua jenis suka main-main. Bukan takat main-main. Menari sekali. Hehehe...
Menari Gebang. Hehe..lawaknya kalau ingat balik. 'Ayuh gebang..gebang..gebang..ayuh gebang..gebang..gebang..'. 




Selalu keluar rehat sama-sama. Buka pose pun sama-sama. Tangkap gambar sama-sama.  Buat kerja gila sama-sama. Semuanya sama-sama. Hahaha..Rindunya...

Praktik sama-sama..Tapi pikah tu praktik apa?

Tengok wayang sama-sama...

Eh..macam mana abie ada dlm nie? Hehe



Bila la lagi kita nak posting sekali lagi yerk? Rasa-rasanya ada tak kemungkinan kita satu group lagi? Mustahil-mustahil. Tinggal kenangan je la.


Gadis Tulip

Cerita Hari Ini..

Apa aku nak cerita hari nie. Ha..tentang adik lelaki aku ni. Hari ni dia dah pergi ke Perlis. Daftar kemasukan ke Institut Kemahiran Mara. Apa yang di ambik yerk? Kalau tak silap aku la, Teknologi Maritim. Tentang enjin kapal la kot. Fuh..kerja kat kapal la nanti. Goog Luck.


Tapi yang lawaknya. Semua barang-barang dia mak aku yang packing. Time aku dulu buat sendiri. Rasa takut je tengok dia nak pergi sana. Boleh ke dia nak uruskan diri kat sana. Sebelum ni mana la dia pernah duduk asrama.  Nak basuh baju pun guna mesin. Kalau tak suruh tak basuh la. Tah apa la jadi kat sana nanti.   Apa-apa pun semoga berjaya dunia dan akhirat.



Gadis Tulip

Saturday, June 25, 2011

Preparation for Holiday



Sekarang nie aku tengah countdown bila nak pergi bercuti ke oversea. Bestnya.. Tak sabar-sabar den. Apa yang aku nak bawak? Berapa helai baju? Perlu ke baju sejuk? Mafler perlu ke? Sarung tangan? Topi? Sunglasses?
Excitednya..Bukan senang nak pergi bercuti ke oversea. Dah la murah..
Sebenarnya aku nak ikut rombongan sekolah mak aku. Ke mana? Tunggu la blik dari oversea nanti aku cerita. Siap tunjuk gambar lagi. Percutian selama 3 hari 2 malam je. Jadi la dari duduk saja kat rumah. Dari hari selasa hingga khamis. Balik tu nak ke penang pulak. Ish..berjalan sungguh. Ke Penang pun nak pergi kenduri kat rumah paksu aku. Lepas tu terus balik KL.
Yang pastinya aku sangat-sangat excited. Bukan apa..nak shopping sakan kat situ. Hehehe..Biasa la baru masuk duit kan.


Gadis Tulip

Thursday, June 23, 2011

Graduation Night

Wah...agak best la jugak malam graduan minggu lepas. Tema lain dari yang lain. Gorgeous as RED Pure as WHITE.  Gabungan yang sangat menawan. Memang bagus la bagi tema macam nie. Sebab senang nak cari baju. Hehe..Kalau tahun lepas tema RETRO, macam tak ada sambutan. Ye la, penat-penat aku cari baju last-last tak pakai pun. Buang duit je. Di harap tahun depan dapat la buat lagi tema macam ni.

Cantik tak..Red & White Theme
Malam tu kami duduk semeja. Asalnya kami berlima dapat meja hujung dan di tepi dinding. Aku memang tak puas hati. Bila aku nampak je meja kat tengah hall tu kosong, ada lima kerusi pulak tu, apa lagi terus aku mintak tukar kat meja tu. Tempat duduk aku sebelum tu memang tak nampak stage langsung. Apa yang aku nak tengok.  Dinding! Bila dah tukar meja baru la ada mood nak enjoy.

Menu yang di sediakan memang sedap.

Inilah antara menunya.

Ini lauk-lauknya. Dimakan dengan Nasi Beriani.

Tapi yang paling aku suka desert dia. Sedap sangat!

Sagu Gula Merah. 

Sambil kami menjamu selera, kami di hiburkan dengan beberapa persembahan dari ketiga-tiga KD. Macam-macam ada. Antaranya Teater musikal MAGIKA, Tarian Nirmala, Tarian Retro dan India Dance.

persembahan dari ketiga-tiga KD...
Sebelum balik tu ramai la yang bergambar sakan. Tak lupa la geng-geng aku. Macam-macam style ada. Tapi aku tak tunjuk la banyak-banyak kat sini.

Satu-satunya gambar Maggi Sudah Kembang.
Susah berbenor nak kumpul sekali untuk ambil gambar kenangan malam tu. Kak Shidah is our president busy dengan majlis. Adek dengan Aufa busy dengan show diorang. So, tinggal kami berlima je la. Apa-apa pun, mereka bertiga antara ajk yang telah menjayakan majlis pada malam itu dengan cemerlang. PERFECT!

Barisan Jelitawan pada malam itu..Perasannya aku..


Gadis Tulip

Wednesday, June 22, 2011

Come Back



Assalammualaikum,
After a few months I did not write any entry in this blog, today I get back the inspiration to writing. I take about a week after returning home to get the inspiration..hahaha. Before this, I feel very lazy to update this entry. I only spend my time with Facebook, TV and read novels. Now, I will start writing again as long as I not feel lazy. =)

Tuesday, June 21, 2011

Happy Birthday to My Father!


Today is the birthday of my father, Mr Yahaya Bin Ahmad of the age of 47. 
On this beautiful day, I wish you peace and comfort for all the times to come. Happy birthday Dad, i am proud to be your daughter.
I feel very sad for not being able to give a gift to him because I've no money..hahaha. But for me the prize will not show anything, the important thing is love and memory care of him.
lot of love..