Tuesday, January 3, 2012

Bermulanya 2012..

Assalammualaikum...dan selamat menyambut tahun baru diucapkan..

Hari ini 02-01-2012 bemulalah kehidupan baruku sebagai seorang pelajar di tahun 2012. Sekarang umur aku sudah mencecah 21 tahun walaupun hakikatnya belum lagi (sebab besday lambat lgi..hehehe) dan masih tak layat untuk mengundi..hahahaha.

Tahun ini juga merupakan tahun akhir aku sebagai Pelajar Jururawat. InsyaAllah..jika tiada aral melintang pada bulan Jun nanti aku akan menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dan seterusnya jika lulus, aku akan bergelar seorang Jururawat Terlatih. InsyaAllah...doakan kejayaan aku ye.. :)     

Bila mula je sem ni, aku dah mula rasa takut. Sebenarnya aku tak la ready sangat nak jadi staff nurse. Walaupun hakikatnya aku belum lagi sah jadi Staff Nurse tapi masa posting nanti mesti aku dengan kawan-kawan yang lain dah dianggap sebagai 'Junior Staff Nurse'. ;(

tengok je la muka2 nie..smua kaki main!

Bukan senang sebenarnya nak deal dengan nyawa manusia. Kena buat keputusan dengan cekap, pantas dan bijak untuk tangani masalah. Aku sendiri tak dapat bayangkan. Tinggal 6 bulan je lagi untuk aku belajar dengan bersungguh-sungguh.

Hopefully sempena tahun baru ini aku dapat memimpin diri ini kearah kejayaan di dunia dan di akhirat..Amin...:D


Gadis Tulip