Saturday, April 2, 2011

TIRED!




Fuhh! Dah lama tak mengarang entry. Memang tak ada masa langsung nak up date benda-benda macam nie. Facebook pun dah jarang-jarang buka. 
Pagi bangun pukul 5 lebih. Siap pergi kerja. Balik kadang-kadang dah dekat pukul 3. Tu kalau shift pagi. Kalau shift petang, pergi pukul 1.35 balik pukul 9.20-9.30 macam tu. Apa lagi nampak bantal je terus hanyut. Mengantuk yang amat. Letih yang teramat.  Padahal bukan teruk sangat kerja. Entah la. Kalah orang yang kerja buat bangunan kot. 
That's my daily routine. Seminggu hanya ada satu hari je cuti. Sedihnya..
Bila free je aku baca novel..main GAMES. Tapi aktiviti utama setiap hari aku tak lain tak bukan tidor..tidor..tidor..
Penat rasanya kalau hari-hari macam nie. Macam nak nangis je. Kalau orang lain bila dah bangun tidur mesti segar bugar kan? Tapi aku rasa semakin mengantuk dan letih. Ingat tidur tak guna tenaga ke? Guna tau! Bagi la 24 jam waktu untuk aku tidur tetap tak cukup. Setiap minggu ada conference. Nak kena prepare untuk conference lagi. Kadang-kadang tidur malam pun tak cukup. 4-5 jam je. 
Apa la nak jadi dengan aku nie. HELP ME!!!

Saturday, February 19, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

Hari ini aku bangun awal walaupun hari cuti. Memang la kena bangun jugak. Kena sembahyang subuh.
Pukul 7 aku, Ana a.k.a Ana Rafalli, Azilah a.k.a Fida dan Fatin keluar pergi Taman Jaya. Pergi jogging keliling tasik kat situ. Tapi bukan jogging pun, berjalan keliling tasik. Keluar la jugak peluh. Lepas tu main kat taman permainan kat situ. Macam budak-budak. Hehe..Kanak-kanak riang.

Nak juga naik benda nie..

Ternyata beratnya mereka berdua nie berbanding aku dan Azilah


Dasyatnya Ana!





Lepas tu apa lagi, pergi melantak la.
Aku makan capati ngan nasi lemak..Fuhh..mahunya badan tak naik.
Azilah lagi la..roti canai telur 2 biji..Ish3..
Ana diet..makan tosei je..
Fatin lagi la..minum air je..punya la tak makan.

Habis makan pergi popular. Ingatkan awal lagi masa tu. Tunggu la kat eskelator kat situ. Duduk atas eskelator sambil bersembang.

Masa ni ana makan carrot. Nak cerahkan mata katanya...


Tunggu punya tunggu rupanya buka pkul 11. Aduh..Fatin kata, alang-alang dah tunggu, tunggu je la sampai buka. Kitaorang pun tunggu la. Dah buka tu sempat lagi baca novel kat dalam tu. Masa nak balik dah tengah hari. Panas terik pulak tu.
Last-last balik naik teksi. Hehe...

Contest Si Manis Berbaju Kurung

Satu lagi contest yang aku sertai setelah di tag oleh Miss Anna. Si Manis Berbaju Kurung. Aku rasa inilah pakaian yang memang secocok untuk aku. Ia nampak sangat menarik apabila aku memakainnya. Nampak cun habis. Hehe.. Lagi sekali perasan. Siapa lagi yang nak puji aku kalau bukan aku sendiri. Nampak sangat tak ada orang yang puji. Kihkihkih...Lihat la..Gorgeous tak?

Contest Senyum Tak Nampak Gigi

Bagi menyahut cabaran Miss Anna..dengan susah payahnya aku menangkap gambar untuk senyum tak nampak gigi. Memang susah. Semua gambar dalam koleksi aku semuanya senyum nampak gigi. Bermacam-macam style aku buat untuk mendapatkan gambar yang cantik dengan senyuman yang menarik. Perasan! Menarik sangat ke???? Miss Anna yang buat aku rasa menarik sebenarnya. Hehe


Ni je yang termampu aku cari. Yang lain-lain K.O. Boleh terima kan...

Wednesday, February 16, 2011

Bercuti di Pulau Langkawi




Tiga hari lepas aku baru balik bercuti musim panas di Pulau Langkawi bersama keluarga. Fuhh..memang panas la Langkawi sekarang. Percuti selama 13 hari 12 malam memang best. Baru sampai KL dah rindukan Langkawi. Bila la pulak dapat pergi ke Langkawi lagi. Lepas ni aku dah sibuk dengan posting selama 3 bulan macam tu. Merata aku berjalan. Siap boleh ambil lesen kereta lagi kat sana. Pergi mandi sungai. Makan macam-macam kat sana. termasuk la benda yang aku suka ni. KERABU BRONOK. Pehh..sedap gila. Rugi kepada sesiapa yang tidak pernah merasa benda ni. Ia sejenis hidupan laut yang dimakan secara mentah. Selalunya orang buat kerabu kerisik. Setakat ni tak pernah lagi aku jumpa orang masak selain dari kerabu.

Ini la rupa bronok tu. Sebelah kanan tu kerabu bronok. Sedap..

Hahaha...POYOS...! Bercuti di rumah sendiri je..tetapi tetap di Pulau Langkawi jugak kan...

Baru balik dah homesick. Terlalu rindukan rumah. Lambat lagi nak balik. Kenapa la jauh sangat rumah aku. Nun jauh di utara sana. Huhu...



Saturday, February 12, 2011

Menarik Hari Ini



Hari ini aku nak cerita tentang satu blog yang aku selalu follow. Aku mula follow dia dari sebelum aku ada blog ini lagi. Tak ingat bila tapi tahun lepas la. Dia punya entry memang best sangat-sangat. Banyak info yang berguna dan benda-benda yang kita tak tahu. Aku pun kalau boleh nak jadi macam dia. Kalau nak tahu siapa, lihat la sendiri. Solihin Zubir. Aku kenal dia melalui facebook. Dia ni orang kedah jugak macam aku.

Entry dia yang aku baca hari ini tentang Mat Luthfi. Mat Luthfi mempunyai video di Youtube. Best and so funny tengok watak yang dia lakonkan. Apa yang aku tahu dia nie pun orang kedah. Dari Sungai Petani. Sekarang tengah sambung belajar di Curtin University dan menetap di Perth, Australia. Cuba lihat video dia. Youtube.matluthfi90

Tapi sebelum ini Solihin Zubir juga pernah menulis entry tentang Anwar Hadi. Anwar Hadi juga mempunyai video di Youtube. Lawak dia kurang sikit dari Mat Luthfi. Tapi yang penting mesej dia. Anwar Hadi pun orang Kedah dari Alor Star. Bangga I. Berbakat sungguh anak kedah nie. Aku tak pasti sama ada sekarang masih di Malaysia ataupun tidak. Dia mengambil TESL di IPGM Pulau Pinang. Bakal melanjutkan pengajian di Sydney, Australia. Cuba lihat video ini. Youtube.anwarhadi

Masing-masing mempunyai mesej yang cuba disampaikan melalui video dan disebarkan melalui youtube. Begitu juga dengan Solihin Zubir. Info yang menarik dan berguna.

Friday, February 11, 2011

Hosni Mubarak


Wah..gempak dunia hari ini. Akhirnya Hosni Mubarak mengumumkan perletakan jawatan setelah 18 hari protes besar-besaran berlaku. Dasyat..Jadi tajuk muka depan semua surat khabar hari ni. Bukan tu saja, dalam Facebook dan Blog kecoh dengan perletakan jawatan Hosni Mubarak. Twitter tak sempat nak check. Lupa password..hehe. Tahniah diatas kejayaan rakyat mesir.

Ini adalah berita gembira bagi rakyat Mesir tapi bagaimana pula rakyat di Chile?

Gempa bumi kuat telah melanda di pesisiran pantai Chile namun tiada kerosakan dan kehilangan nyawa di laporkan. (Dah macam wartawan dah aku nie..hehe). Alhamdullilah..

Kepada rakyat Mesir, semoga pelantikkan president baru akan memberikan keamanan, keadilan dan kemakmuran kepada negara. Amin...