Thursday, July 7, 2011

Holiday at Hatyai, Thailand

Seperti yang dijanjikan, aku akan paparkan kisah percutian aku di negara tanah bebas(Thailand) ini. Inilah percutian aku kat oversea. Hahaha...oversea la sangat kan? Over the sea je mampu...

Percuti selama 2 hari 2 malam. Sebenarnya masa ni aku ikut rombongan sekolah mak aku ke Hatyai bertujuan melawat sekolah di sana. Menyemak je aku ikut. Tapi best sangat. Dari Langkawi naik feri ke Satun atau orang Langkawi sebut Setoi. Ambil masa selama 1 jam. Kemudian dari Jeti Satun ke Hatyai naik Van. Ada 3 biji van semuanya. Perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit. Sakit badan aku duduk lama-lama. Sampai pun dah malam. Check in hotel. Letak beg dalam bilik. Then, terus turun pergi makan. Naik 'tut-tut'. First time aku naik benda tu.

Tut-Tut

Balik makan apa lagi, merayau-rayau kat area hotel sambil shopping sikit.

Esoknya baru la pergi melawat sekolah tu. Yang uniknya, sekolah tu ada pelajar dari tadika sehingga tingkatan 6. All in one school. Tak pernah aku jumpa sebelum ni. Besar jugak kawasan sekolah tu. Namanya  Tessaban One School. Sekolah ni terlatak ditengah-tengah Hatyai. Cikgu-cikgu kat sekolah tu macam tahu-tahu cikgu-cikgu sekolah mak aku ni bukan nak sangat melawat sekolah tu. Shopping je yang ada dalam kepala masing-masing. Hehehe...

Tessanban 1 (Engseangsamakkee) School..My Mom Cikgu Sakinah


Yang baju coklat para guru dari SMK Kelibang, Langkawi manakala baju pink dari Tessaban 1, Hatyai.

Dari sekolah tu kami terus ke Songkla. 20 minit dari Hatyai. Sebuah negeri yang berjiran dengan Hatyai menghala ke Laut China Selatan. Naik bas 2 tingkat kot nak ke sana. Padahal bukannya ramai pun ahli rombongan kami.

Ni la bas yang kitaorang naik..penat panjat tangga bas ni.

Di Songkla kami dapat melalui jambatan yang dikira terpanjang di Songkla merentasi tasik Songkla yang agak besar. Dah macam laut rasanya. Sepanjang 1.8 km. Ada 2 jambatan yang satu lagi tu pendek sikit dari jambatan yang pertama kalau tak silap. Berhampiran jambatan tu la ada patung Budha atau dikenali Budha Sleeping. Patung tu membelakangkan jambatan. Kata pemandu pelancong kami, patung tu merajuk sebab orang bina jambatan kat situ. So, benda tu bukan lagi daya penarik kat Songkla. Tah apa-apa kan?
Kami ada naik bukit macam kat bukit bendera. Tang Kuan Hilltop. Tengok permandangan bandar Songkla. Cantik view kat situ.


Gambar ni berlatar belakangkan Laut China Selatan

Yang ni pulak berlatar belakangkan Tasik Songkla
Lepas naik bukit ni, kami ke Samila Beach. Ada sekor ikan duyung kat situ. Tapi aku malas dah nak jalan pergi kat ikan duyung tu. Penat! So, aku jalan-jalan kat tepi-tepi tu je la. Dapat jumpa tikus dengan kucing pun dah cukup. Comel je aku tengok patung tu.


Ingatkan balik dari Songkla terus dapat rehat kat bilik. Rupanya boleh pulak singgah shopping kat Pat Thai kalau tak silap aku tempat tu. Macam gerai-gerai jual pakaian, beg, accessories dan sebagainya. Masa tu rambang mata aku tengok benda-benda kat situ. Semuanya aku nak beli. Habis duit aku.
Malam tu memang letih yang amat. Tapi sempat lagi masuk 2 shopping kompleks yang ada kat depan dan sebelah hotel. Saja nak tengok apa yang ada dalam tu. Tapi tak beli apa pun. Maklum la..dah kehabisan duit.
Pagi-pagi esok, ada pulak program. Shopping lagi! Tak habis-habis kawan-kawan maka aku nak shopping. Kami ke Plaza pulak. Susah benor pagi tu nak cari kedai makan muslim. Dah jumpa tapi kedai macam tak ada benda makan pulak. Aduh..
Lepas breakfast, aku bertiga dengan mak dan adik aku, pusing-pusing pulak dalam plaza tu. Nak menawar pagi-pagi ni cukup senang tapi masalahnya aku tak ada duit dah! Hahaha..tak apa. Next time kalau ada rezeki lagi boleh la aku pergi sana lagi. Masa tu make sure duit dah cukup banyak. Hehehe..
Harap dapat lagi ke sana. Memang best!




Gadis Tulip

2 comments:

  1. waa pegi sane shopping sakan ke

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete