Wednesday, February 16, 2011

Bercuti di Pulau Langkawi




Tiga hari lepas aku baru balik bercuti musim panas di Pulau Langkawi bersama keluarga. Fuhh..memang panas la Langkawi sekarang. Percuti selama 13 hari 12 malam memang best. Baru sampai KL dah rindukan Langkawi. Bila la pulak dapat pergi ke Langkawi lagi. Lepas ni aku dah sibuk dengan posting selama 3 bulan macam tu. Merata aku berjalan. Siap boleh ambil lesen kereta lagi kat sana. Pergi mandi sungai. Makan macam-macam kat sana. termasuk la benda yang aku suka ni. KERABU BRONOK. Pehh..sedap gila. Rugi kepada sesiapa yang tidak pernah merasa benda ni. Ia sejenis hidupan laut yang dimakan secara mentah. Selalunya orang buat kerabu kerisik. Setakat ni tak pernah lagi aku jumpa orang masak selain dari kerabu.

Ini la rupa bronok tu. Sebelah kanan tu kerabu bronok. Sedap..

Hahaha...POYOS...! Bercuti di rumah sendiri je..tetapi tetap di Pulau Langkawi jugak kan...

Baru balik dah homesick. Terlalu rindukan rumah. Lambat lagi nak balik. Kenapa la jauh sangat rumah aku. Nun jauh di utara sana. Huhu...



1 comment: